RUU SKRN Tekankan Pendekatan Awal Tangani Isu Perpaduan

Olahan NurFarhana Zulkeply

PUTRAJAYA – Rang Undang-Undang Suruhanjaya Keharmonian dan Rekonsiliasi Nasional (SKRN) dirangka dengan penekanan terhadap langkah pencegahan dan usaha pendamaian bagi memperkukuh keharmonian masyarakat.

Kementerian Perpaduan Negara memaklumkan bahawa penggubalan tersebut bertujuan menangani peningkatan isu sensitif serta kontroversi berkaitan hubungan antara kaum melalui pendekatan lebih proaktif dan bersepadu.

“Pendekatan ini bukan sekadar bersifat punitif, sebaliknya mengutamakan pencegahan awal, mediasi dan penyelesaian isu secara harmoni serta konstruktif,” menurut kenyataan itu.

Cadangan penubuhan SKRN sebelum ini diluluskan secara prinsip pada 2019, namun pelaksanaannya ditangguhkan pada 2020 susulan pertindihan bidang kuasa dengan agensi sedia ada seperti SUHAKAM dan Polis Diraja Malaysia.

KPN turut memaklumkan model berkenaan selaras dengan amalan terbaik antarabangsa, termasuk di Singapura dan Australia yang menekankan pemantauan konflik sosial serta pendekatan bukan perundangan.

Selain itu, suruhanjaya berkenaan dijangka mempunyai kuasa untuk menyiasat isu keharmonian sosial, memanggil pihak berkaitan serta mengemukakan syor kepada kerajaan.

Proses libat urus bersama pelbagai pihak berkepentingan kini sedang dijalankan dan akan diteruskan melibatkan agensi kerajaan, badan penguat kuasa, NGO serta komuniti tempatan.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *