Oleh: Fatin Sajidah, NurFarhana dan Siti Khadijah
NILAI – Tiga pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) memulakan latihan industri mereka di portal berita NasionalDaily hari ini.
Mereka, NurFarhana Zulkeply, Fatin Sajidah Fathuldin dan Siti Khadijah Manudin menjalani latihan selama tiga bulan sehingga penghujung Jun ini.
Sepanjang tempoh tersebut, mereka akan didedahkan pelbagai aspek penting dalam dunia kewartawanan digital termasuk sesi pengenalan organisasi, latihan asas penulisan berita serta pemahaman terhadap etika dan amalan terbaik dalam penyampaian maklumat.
Selain itu, mereka juga akan diberi peluang untuk berdepan dengan situasi sebenar di lapangan, termasuk membuat liputan, menjalankan temu bual dan menghasilkan laporan atau berita di bawah bimbingan editor berpengalaman.
Program latihan industri ini diharap dapat memberi pengalaman berharga kepada mereka dalam mengaplikasikan ilmu yang dipelajari di universiti ke dalam dunia pekerjaan sebenar, sekali gus melahirkan graduan yang lebih bersedia dan kompeten dalam bidang media.
Pihak Nasionaldaily turut merakamkan komitmen untuk terus menyokong pembangunan bakat muda dalam industri kewartawanan negara.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L
