Golden Destinations sasar RM90 juta dari IPO pasaran ACE, peruntukan RM50 juta untuk ibu pejabat baharu

KUALA LUMPUR – Kurator pengalaman pelancongan keluar perkhidmatan penuh, Golden Destinations Group Bhd., menyasarkan untuk mengumpul RM90 juta daripada tawaran awam permulaan (IPO) di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 16 April 2026.

RM50 juta daripada hasil IPO akan digunakan untuk ibu pejabat berpusat baharu di Kuala Lumpur bagi menyatukan operasinya dan menyokong keperluan tenaga kerja dan operasinya yang semakin berkembang.

Sebanyak RM13.50 juta akan diperuntukkan untuk memperkukuh inisiatif penjenamaan, pemasaran dan promosi bagi meningkatkan keterlihatan jenama Golden Destinations di Malaysia dan Singapura serta memperkukuh kehadiran pasarannya dalam industri pelancongan keluar.

Di samping itu, RM6 juta diperuntukkan untuk pengembangan kehadiran geografi, termasuk memperkukuh penembusan pasaran di Malaysia Timur dan meneroka peluang untuk mewujudkan kehadiran di pasaran Singapura.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Pengarah Eksekutif Golden Destination, Lim Swee Chuan berkata, syarikat itu merancang untuk mengembangkan kehadiran jenamanya di Sabah dan Sarawak.

“Pencapaian paling penting ialah penubuhan operasi di Singapura. Perbelanjaan keluar di Singapura jauh lebih tinggi berbanding di Malaysia. Perbelanjaan Singapura adalah kira-kira dua hingga empat kali ganda lebih tinggi daripada Malaysia.

“Walaupun populasinya lebih kecil, permintaan untuk perjalanan keluar sangat tinggi,” katanya pada sidang akhbar ketika pelancaran prospektus syarikat di sini, hari ini.

Syarikat itu berkata, RM4 juta akan dilaburkan dalam peningkatan sistem teknologi maklumat (IT) dan infrastruktur operasi, manakala RM6 juta lagi ditetapkan untuk pengembangan tenaga kerja.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Ditanya mengenai konflik di Asia Barat dan lonjakan harga minyak yang menjejaskan syarikat, Ketua Pegawai Operasinya, Charles Lim berkata, syarikat itu hanya terkesan sedikit sahaja, kerana ia sudah mempunyai kontrak dengan rakan kongsi syarikat penerbangan.

“Golden Destinations sudah mempunyai kontrak dengan rakan kongsi syarikat penerbangan kami, jadi mereka perlu mematuhi surcaj bahan api kami pada ketika ini, yang menyusuli surcaj bahan api sebelumnya,” tambahnya.

Menyuarakan sentimen itu, Swee Chuan menjelaskan, perniagaan syarikat itu sedikit berbeza daripada yang lain. “Jualan tiket utama kami datang daripada dua siri utama. Tempahan pusingan ini dibuat kira-kira setahun lebih awal dan kami telah pun memperoleh jualan sehingga Disember 2026.

Bagi syarikat penerbangan tertentu, kami boleh mendapatkan kapasiti sehingga Mac 2027, jadi harga adalah tetap dan tidak akan berubah. Kami juga mempunyai kapasiti mencukupi untuk memenuhi permintaan, walaupun pada tahap tahun lepas,” tambahnya.

Mengenai IPO, Golden Destination berkata, dengan terbitan 200 juta saham baharu pada harga terbitan RM0.45 sesaham, permodalan pasarannya ialah RM450 juta, berdasarkan modal saham terbitan yang diperbesarkan sebanyak satu bilion saham.

Permohonan untuk IPO akan dibuka jam 10 pagi pada tarikh pelancaran prospektus dan akan ditutup jam 5 petang pada 6 April 2026.

UOB Kay Hian (M) Sdn. Bhd. ialah penasihat utama, penaja, penaja jamin dan ejen penempatan untuk IPO Golden Destinations.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *