WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dilaporkan menolak cadangan gencatan senjata dengan Iran, sekali gus mencetuskan kebimbangan baharu terhadap peningkatan konflik di Asia Barat.
Keputusan terbaharu itu dilihat bertentangan dengan perkembangan awal konflik, apabila Tehran sebelum ini menolak usaha gencatan senjata yang dicadangkan oleh Washington bersama Israel di bawah pimpinan Benjamin Netanyahu.
Penganalisis melihat perubahan pendirian ini sebagai petunjuk kepada strategi politik dan ketenteraan yang semakin kompleks, di tengah-tengah konflik yang kian melebar melibatkan beberapa negara serantau.
Menurut pemerhati geopolitik, keputusan Washington untuk tidak meneruskan rundingan damai berpotensi meningkatkan risiko serangan balas, khususnya terhadap negara-negara yang menjadi tuan rumah kepada aset ketenteraan AS berhampiran Iran seperti Jordan dan Emiriah Arab Bersatu.
Kedudukan geografi negara-negara ini menjadikan mereka lebih terdedah kepada ancaman peluru berpandu jarak sederhana.
Dalam masa sama, pakar keselamatan menyatakan, faktor jarak memberi kelebihan kepada AS dari segi keselamatan domestik, memandangkan wilayahnya jauh daripada jangkauan langsung kebanyakan sistem peluru berpandu Iran.
Namun, keadaan itu tidak mengurangkan risiko terhadap sekutu dan kepentingan strategik Washington di rantau berkenaan.
Konflik ini turut memperlihatkan perubahan landskap geopolitik apabila beberapa negara dilaporkan semakin berhati-hati untuk terlibat secara langsung atau mematuhi tekanan kuasa besar, mencerminkan peralihan dinamik kuasa global.
Walaupun retorik politik semakin memuncak, komuniti antarabangsa terus menggesa semua pihak agar kembali ke meja rundingan bagi mengelakkan kesan kemanusiaan yang lebih besar, terutama terhadap negara-negara yang berada di zon risiko tinggi berhampiran Iran.
Setakat ini, tiada tanda jelas usaha diplomatik akan dipulihkan dalam masa terdekat, menjadikan prospek keamanan di Asia Barat kekal tidak menentu.
Iran pula, dari awal AS-Israel memulakan serangan, tidak pernah menawarkan gencatan senjata, sebaliknya memberi beberapa syarat sekiranya jika ianya hendak dilaksanakan.
Trump memperlihatkan kesombongan dan keegoaannya dengan kenyataan menolak gencatan senjata, sedangkan Iran tidak pernah menyatakannya.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L