MARAN — Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun, anak kepada seorang wakil rakyat di Pahang, ditahan polis untuk siasatan berhubung kes rogol membabitkan seorang gadis bawah umur.
Ketua Polis Daerah Maran, Superintendan Wong Kim Wai memaklumkan, suspek ditahan semalam selepas ibu mangsa membuat laporan polis.
Mangsa berusia 16 tahun mendakwa, dirogol di sebuah rumah di Bandar Maran pada awal Mac lalu, selepas keluar bersiar-siar bersama suspek yang baharu dikenali.
“Suspek membawa mangsa ke sebuah rumah dan berlaku perbuatan rogol. Mangsa kemudian memaklumkan kejadian kepada ibunya sebelum laporan polis dibuat,” kata Kim Wai dalam kenyataan rasmi.
Suspek dibebaskan hari ini selepas polis selesai merakam keterangannya. “Tiada keperluan untuk mendapatkan perintah reman kerana siasatan terhadap suspek telah lengkap.
“Keterangan dan sampel darah telah diambil serta pengakuan suspek direkodkan dengan jelas,” tambahnya.
Kes ini disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Sebelum ini, dakwaan berhubung kes ini turut tular di media sosial, yang menyebut seorang gadis bawah umur dirogol anak seorang ADUN di negeri ini.
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L
