Konflik Asia Barat: Kedutaan Malaysia di Doha nasihatkan rakyat Malaysia terus berwaspada

KUALA LUMPUR – Kedutaan Besar Malaysia di Doha menasihatkan rakyat Malaysia di Qatar supaya terus berwaspada dan sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan susulan perkembangan keselamatan semasa di rantau Teluk.

Dalam satu notis yang dimuat naik di laman Facebook rasminya pada Isnin, pihak kedutaan mengemas kini keadaan semasa di Qatar susulan amaran terbaharu yang dikeluarkan Iran kepada beberapa negara di rantau Teluk.

Ia berkata, Kerajaan Qatar telah memaklumkan bahawa rakyat tidak perlu bimbang kerana Angkatan Tentera Qatar sentiasa dalam keadaan siap siaga dan mampu mempertahankan negara itu. 

Selain itu, kemampuan Angkatan Tentera Qatar telah terbukti apabila berjaya menangkis hampir semua serangan serta meminimumkan kerosakan dan kecederaan, katanya.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Walau bagaimanapun, semua rakyat Malaysia adalah dinasihatkan agar terus berwaspada dan sentiasa mengikuti arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa Qatar.

“Elakkan dari berada di luar bangunan atau kawasan berisiko serta sentiasa peka terhadap perkembangan di sekeliling,” menurut notis itu. 

Sekiranya ada rakyat Malaysia yang diarahkan untuk berpindah dan memerlukan bantuan boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Doha melalui talian +974 3374 6733 yang beroperasi 24 jam atau emel mwdoha@kln.gov.my. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *