YAYASAN Kubra mencatatkan episod penting apabila program gotong royong membersihkan tanah miliknya di Gombak berjaya menghimpunkan rakyat dari pelbagai bangsa dan agama.
Program berkenaan menyaksikan kehadiran peserta dari seluruh negara termasuk Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Ipoh, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
Kehadiran masyarakat berbilang latar belakang itu dilihat sebagai simbol perpaduan dan sokongan terhadap usaha mendaulatkan undang-undang.

Turut hadir ialah wakil Kesatuan Melayu Islam Beraja (KMIB), Tok Cindai serta Ustaz Masridzi dari Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (PERKID), selain rakan-rakan persilatan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari seluruh negara.
Penganjur menegaskan, program itu adalah usaha mempertahankan kedaulatan undang-undang dan tidak berkait dengan isu agama atau perkauman.
Malah, penyertaan individu beragama Hindu termasuk seorang sami serta Cikgu Chandra dalam program berkenaan menjadi bukti isu yang diketengahkan adalah berasaskan perundangan.

Menurut kenyataan penganjur, tindakan merobohkan struktur kuil yang didakwa tidak sah di atas tanah berkenaan dilakukan atas dasar pematuhan undang-undang.
Mereka turut merujuk kepada titah Sultan Selangor berhubung perkara tersebut, sambil menyatakan masih terdapat 686 kes berkaitan di negeri itu yang belum diselesaikan.
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan
Program gotong royong itu berakhir dalam suasana aman dengan seruan agar rakyat terus bersatu hati dalam memastikan undang-undang ditegakkan demi keharmonian negara.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L
