TUMPAT – Seorang lelaki tempatan berusia 31 tahun meninggal dunia dalam kemalangan di tapak pembinaan berhampiran Jalan Pantai Geting, Pengkalan Kubor, dekat sini semalam.
Dalam kejadian jam 1.40 tengah hari itu, mangsa dilaporkan sedang melakukan kerja pemasangan longkang di kawasan berkenaan sebelum sebuah jengkaut yang digunakan untuk kerja pembinaan dipercayai hilang kawalan.
Difahamkan, bahagian pengorek jentera berkenaan telah menimpa mangsa, menyebabkan kecederaan serius pada bahagian badan dan mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Mohd Khairi Shafie memaklumkan, pihaknya menerima makluman kecemasan melalui talian MERS 999 dan segera ke tempat kejadian untuk menjalankan siasatan.
Menurutnya, hasil pemeriksaan awal tidak menemui sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut sementara siasatan lanjut diteruskan.
Jenazah mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Tumpat untuk proses bedah siasat dan hasil laporan perubatan mendapati kematian berpunca daripada kecederaan dalaman yang teruk akibat kemalangan di tempat kerja.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi polis bagi membantu siasatan.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L