Mangsa banjir di Sabah terus meningkat malam ini

KOTA KINABALU – Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah meningkat kepada 3,427 orang daripada 1,449 keluarga setakat jam 8 malam ini, berbanding 3,266 orang daripada 1,401 keluarga pada jam 4 petang tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan memaklumkan semua mangsa dari tiga daerah iaitu, Pitas, Paitan dan Tawau ditempatkan di 27 PPS.

Pitas merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 2,171 orang, diikuti Paitan (1,011) dan Tawau (245).

Banjir di ketiga-tiga daerah itu telah menjejaskan 70 kampung, namun tiada kematian dilaporkan setakat ini.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan beberapa kawasan di pedalaman Sabah mengalami ribut petir pada sebelah malam. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *