Hamzah di Sydney, Tidak Hadir Prosiding Lembaga Disiplin Bersatu

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin tidak akan menghadiri sesi prosiding Lembaga Disiplin parti yang dijadualkan dalam masa terdekat susulan berada di Sydney, Australia atas urusan peribadi.

Perkara itu dimaklumkan pegawainya, Ahmad Ikhwan Fadhli yang menjelaskan, Hamzah kini berada di luar negara bagi menguruskan pendaftaran anaknya di sebuah universiti di Sydney.

Menurut beliau, komitmen keluarga tersebut menyebabkan Ahli Parlimen Larut yang juga Ketua Pembangkang itu tidak dapat memenuhi tarikh ditetapkan untuk menghadap Lembaga Disiplin Bersatu.

Hamzah sebelum ini dilaporkan dipanggil memberi keterangan susulan beberapa aduan yang diterima parti, termasuk berkaitan kekecohan ketika Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu serta kenyataan beliau yang dilihat kritikal terhadap Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Berdasarkan notis dikeluarkan, beliau dikehendaki memberikan penjelasan dan maklum balas terhadap dakwaan berkenaan dalam satu sesi rasmi bersama Lembaga Disiplin.

Notis sama turut memaklumkan, kegagalan untuk hadir pada tarikh ditetapkan boleh menyebabkan lembaga berkenaan membuat keputusan berdasarkan maklumat sedia ada tanpa rujukan lanjut kepada pihak yang dipanggil.

Perkembangan ini dilihat berpotensi menambah ketegangan dalaman parti ketika Bersatu berdepan cabaran penyusunan semula strategi politik dan kepimpinan menjelang landskap politik yang semakin mencabar.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *