Lelaki Myanmar maut dengan 29 tikaman, rakan senegara direman tujuh hari

PORT DICKSON – Seorang lelaki warga Myanmar maut selepas ditemukan dengan 29 tikaman di bahagian leher dipercayai dibunuh rakannya dalam sebuah bilik rumah kedai berhampiran Jalan Besar Bukit Pelandok di sini, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Maslan Udin berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam kira-kira 9.45 pagi yang menemui mangsa berusia 26 tahun itu dalam keadaan tertiarap dan berlumuran darah.

Beliau berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa bersama suspek berusia 21 tahun yang juga rakan senegara sedang minum minuman keras di dalam bilik.

“Punca kejadian dipercayai dalam pengaruh alkohol. Mangsa dan suspek juga adalah rakan sekerja di sebuah restoran. Proses bedah siasat dijalankan semalam mengesahkan punca kematian disebabkan luka tikaman berganda di leher sebanyak 29 tikaman,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, suspek yang ditahan Isnin lalu, direman tujuh hari sehingga 16 Februari dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan manakala motif kejadian masih dalam siasatan. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *