Juventus diperintah langsaikan gaji tertunggak Ronaldo RM46.2 juta

ROM – Cristiano Ronaldo kini boleh menyimpan 8.5 juta pound (RM46.2 juta) gaji tertunggak daripada bekas kelabnya Juventus selepas keputusan mahkamah berpihak kepadanya.

Bintang Portugal itu sebelum ini menuntut 17 juta pound (RM92.4 juta) – jumlah bersih yang dijanjikan oleh kelab apabila beliau bersetuju untuk menangguhkan sebahagian gajinya semasa tempoh sekatan pergerakan COVID-19.

Juventus dan pemain lain bersetuju menangguhkan empat bulan gaji pada Mac 2020 dan April 2021 kerana kelab mengalami masalah kewangan, tetapi jumlah itu tidak pernah diterima.

Kelab Itali itu juga gagal melaporkan jumlah gaji tertangguh ini – yang dikenali sebagai ‘salary manoeuvres’ – dalam penyata kewangan mereka.

Arbitrasi awal tahun lalu memutuskan Ronaldo dan Juventus berkongsi tanggungjawab terhadap perkara berkenaan dan memerintahkan kelab membayar separuh daripada gaji tertangguh itu.

Juventus kemudian membuat rayuan di Mahkamah Buruh Turin, tetapi gagal.

Hakim Mahkamah Buruh, Gian Luca Robaldo menegaskan keputusan awal, dengan Juventus gagal mendapatkan kembali jumlah itu.

Laporan menyatakan kelab Serie A itu tidak akan menghadapi kesan kewangan tambahan kerana jumlah berkenaan sudah dimasukkan dalam bajet 2023-2024 mereka.

Menurut Gazzetta Dello Sport, Juventus masih boleh membuat rayuan tambahan terhadap keputusan terbabit.

Ronaldo bermain untuk Juventus antara 2018 hingga 2021 dengan menjaringkan 101 gol dalam 134 perlawanan, memenangi dua gelaran liga dan satu Coppa Italia sebelum kembali ke Manchester United pada nilai 12.8 juta pound (RM69.5 juta) pada 2021.

Ronaldo, yang akan menyambut ulang tahun ke-41 bulan depan, kini bermain untuk kelab Arab Saudi, Al-Nassr. – AGENSI

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *