Pengikut Pas perlu didikan mengenai penggunaan istilah ‘kafir harbi’

Zaid Cadang Rombakan Kabinet, KDN dan MINDEF Dicadang Diterajui Pemimpin DAP

SHAH ALAM – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim mencadangkan agar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan rombakan besar dalam pentadbiran kerajaan, khususnya melibatkan kementerian keselamatan utama, susulan titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berhubung isu rasuah yang didakwa semakin berleluasa dalam institusi negara.

Cadangan tersebut dikemukakan beliau menerusi kenyataan yang dimuat naik di akaun Facebooknya sebagai reaksi terhadap kebimbangan yang dizahirkan Seri Paduka Baginda mengenai tahap integriti dalam institusi strategik negara termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen serta Dewan Rakyat.

Dalam kenyataannya, Zaid mencadangkan langkah luar kebiasaan dengan melantik tokoh dari DAP yang disifatkan beliau sebagai bersih dan tidak tercemar untuk menerajui kementerian keselamatan utama negara.

“DAP mempunyai beberapa personaliti yang tidak tercemar,” katanya, sambil mencadangkan Ahli Parlimen Damansara, Gobind Singh Deo dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri, manakala bekas Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin diberikan tanggungjawab sebagai Menteri Pertahanan.

Zaid turut menyifatkan Yeo sebagai individu yang berintegriti dan tidak mudah dipengaruhi rasuah, malah menggambarkan beliau sebagai “super wealthy and incorruptible”.

“Gobind should take over Home Affairs; Yeo Bee Yin is super wealthy and incorruptible, so give her the Defence Ministry,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Selain itu, Zaid turut menggesa supaya penumpuan kuasa kalangan orang Melayu dalam perkhidmatan awam, khususnya di jawatan tertinggi dikurangkan dengan memberi ruang kepada bukan Melayu yang jujur, profesional dan berkelayakan.

Menurut beliau, langkah sedemikian penting bagi memecahkan kartel kuasa sedia ada dengan membawa masuk “orang baharu daripada kumpulan baharu” bagi memulihkan integriti serta kepercayaan rakyat terhadap institusi kerajaan.

Bagaimanapun, Zaid mengakui bahawa cadangan tersebut berkemungkinan tidak popular dalam kalangan golongan nasionalis Melayu, namun menegaskan bahawa keutamaan harus diberikan kepada kepentingan negara.

“Saya tahu perkara ini tidak akan popular dalam kalangan ‘nasionalis Melayu’, tetapi apakah gunanya memiliki terlalu banyak kuasa jika ia mendatangkan mudarat kepada negara?” katanya.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan rasa kecewa terhadap pendedahan kes rasuah yang melibatkan Angkatan Tentera Malaysia sehingga ke peringkat tertinggi, sambil menyifatkan apa yang didedahkan setakat ini hanyalah “puncak gunung ais”.

“Saya amat kecewa apabila berlakunya kes rasuah dalam Angkatan Tentera Malaysia sampai peringkat tertinggi. Agaknya selepas ini saya terpaksa lantik sarjan sahaja jadi Panglima Angkatan Tentera. Ini hanyalah sekelumit daripada segunung atau tip of the iceberg,” titah Baginda.

Seri Paduka Baginda bertitah demikian ketika Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Parlimen Ke-15 yang berlangsung di Parlimen semalam.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *