Yayasan Salam Malaysia jayakan Program Memperingati Ulang Tahun Kelahiran Perdana Menteri Pertama

KUALA LUMPUR – Yayasan Salam Malaysia berhasrat menjayakan Program Kemasyarakatan sempena Ulang Tahun Kelahiran Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 8 Februari ini.

Program anjuran bersama Memorial Tunku Abdul Rahman dan Arkib Negara Malaysia itu bertujuan memperingati jasa dan sumbangan Bapa Kemerdekaan dalam membina sebuah negara berdaulat yang berasaskan perpaduan, tolenrasi dan keharmonian kaum.

Pemegang Amanah dan Ahli Lembaga Yayasan Salam, Datuk Mior Kamarul Mior Shahid berkata, penganjuran program itu membabitkan pelbagai pihak termasuk pengurusan Memorial Tunku Abdul Rahman Putra, wakil Yayasan Salam, tokoh profesional serta masyarakat awam dari pelbagai latar belakang, etnik dan generasi berbeza.

“Program ini secara dasarnya dilaksana demi memperingati Bapa Kemerdekaan kita. Jasa dan keringat Tunku sememangnya perlu dijadikan pengalaman dan pengajaran terbaik buat generasi muda,” katanya ketika ditemui di majlis penganjuran Appreciation Night & Iftar Buffet Restoran Kakatoo sempena pelancaran promosi Ramadhan 2026, Quill City Mall, Jalan Sulta Ismail, Kuala Lumpur, semalam.

Yayasan Salam Malaysia yang ditubuhkan pada 1996 berperanan sebagai pemacu aktiviti kesukarelawanan dan pembangunan masyarakat sejajar dengan aspirasi nasional Malaysia yang inklusif.

Pelaksanaan program ini merangkumi dua komponen utama iaitu aktiviti Explorace Harta Karun berasaskan sejarah perjuangan kemerdekaan di Memorial Tunku Abdul Rahman Putra.

Mior Kamarul turut menjelaskan, program bakal melaksanakan Forum Kesejahteraan Mental dan Kebijaksanaan Budaya bagi membincangkan kepentingan keharmonian sosial dalam masyarakat majmuk.

“Penyertaan secara bercampur antara kaum menjadi elemen penting bagi memupuk persefahaman dan semangat kebersamaan. Pelbagai hadiah menarik turut disediakan kepada pemenang.

“Program ini wajar dilaksanakan sebagai usaha memperkukuhkan semangat patriotism dan jati diri kebangsaan, di samping mendidik generasi masa kini supaya menghargai nilai perpaduan yang menjadi asas pembinaan Malaysia sebagai sebuah negara, bangsa yang aman, stabil dan bersatu padu,” kata Mior Kamarul.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *