Anak Sahkan Nadia Kesuma Meninggal Dunia di Jeddah Akibat Sakit Jantung

Misteri kehilangan pelakon Nadia Kesuma selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah terjawab apabila beliau disahkan meninggal dunia akibat sakit jantung Khamis lalu.

Perkara itu disahkan anak perempuannya menerusi hantaran di Threads sebentar tadi, yang memaklumkan ibunya, Nadiah Kasumawati Abdul Karim telah kembali ke rahmatullah pada 15 Januari lalu, pada jam 8.05 pagi.

“Assalamualaikum semua, saya ingin memaklumkan mama saya, Nadiah Kasumawati Abdul Karim telah pun kembali ke Rahmatullah pada 15 Januari lalu (Khamis) kira-kira pukul 8.05 pagi.

“Terima kasih kepada semua yang tidak henti-henti menitipkan doa buat mama. Mohon doakan agar arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman, diampunkan segala dosanya dan dirahmati Allah.

“Arwah meninggal dunia disebabkan sakit jantung dan telah dibawa ke hospital pada hari yang sama sebaik tiba di Lapangan Terbang Jeddah.

“Bagaimanapun, tiada sebarang makluman diterima oleh kami sekeluarga mengenai keadaan arwah sehinggalah malam ini pada jam 11.10 malam. Berita tersebut dimaklumkan sendiri oleh pihak agensi pelancongan,” tulisnya.

Pemergian Nadia Kesuma turut disahkan suaminya, Prof Dr. Muhammad Kamarul Kabilan Abdullah serta sahabat baik arwah, pelakon Anne Abdullah menerusi hantaran di media sosial masing-masing.

Sebelum ini, Nadia Kesuma, 49, dilaporkan hilang dan gagal dikesan selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah pada Rabu lalu.

Allahyarham merupakan antara 21 jemaah yang menyertai rombongan umrah dan ziarah bersama sebuah agensi pelancongan dari 14 hingga 28 Januari ini.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *