26 sekolah di Sarawak tidak dapat beroperasi kerana banjir

KUCHING – Sebanyak 26 sekolah di Sarawak tidak dapat memulakan operasi pada hari pertama sesi persekolahan hari ini, kerana masih terjejas banjir, kata Pengarah Pendidikan Negeri, Omar Mahli.

Beliau berkata, hasil tinjauan semalam mendapati, tiga sekolah yang terjejas terletak di Daro, Mukah di Selangau, Sibu (empat) dan Tatau, Sebauh di Bintulu (19).

“Sekolah terlibat ialah SK KG Pangtray, SK OK Selair, SJK (C) Chung Hua di Daro; dan SK Nangga Selangau, SK Kuala Lemai, SK Ulu Sg. Arip dan SK St. Mark di Selangau.

“Manakala 19 sekolah di Tatau dan Sebauh membabitkan SJK (C) Chung Hua Tatau, SJK(C) Chung San, SK Bukit Mawang, SK Hermanus Assan, SK Kuala Binyo, SK Kuala Kebulu, SK Kuala Muput, SK Kuala Sigu, SK Labang, SK Ng Penyarai, SK Ng Tau, SK Pandan, SK Rh Tayai, Sk Sebauh, SK Sg Bukit Balai, SK Sg Genaan, SK Sg Sebungan, SK Sg Sengian dan SK Sg Bagian,” katanya.

Beliau berkata, sekolah itu tidak dapat beroperasi disebabkan kawasannya yang masih digenangi air, selain jalan di kawasan kediaman atau kampung tidak dapat diakses kerana banjir.

Sementara itu, Omar berkata, lapan sekolah di negeri itu dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS) iaitu tujuh di Serian dan satu di Selangau. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *