Lembaga Disiplin PKR Teliti Aduan Salah Laku Ahli Parti

SHAH ALAM – Lembaga Disiplin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bermesyuarat semalam, membincangkan aduan berkaitan isu disiplin dan salah laku melibatkan anggota parti yang didakwa melanggar peraturan serta Perlembagaan PKR.

Pengerusinya, Datuk Zainol Samah berkata, lembaga berkenaan kekal komited melaksanakan tanggungjawab secara adil, telus dan profesional tanpa memihak kepada mana-mana pihak, selaras usaha memelihara integriti serta nama baik parti.

Menurut beliau, semua ahli parti yang hendak mengemukakan aduan diminta berbuat demikian melalui saluran rasmi dengan menghantar emel ke lembagadisiplin@keadilanrakyat.org atau menghubungi talian 03-7885 0530.

“Lembaga Disiplin menegaskan, sebarang aduan atau isu dalaman parti hendaklah disalurkan melalui saluran yang betul dan rasmi,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan anggota parti tidak menggunakan media, termasuk media sosial untuk menyebarkan aduan, dakwaan atau maklumat berkaitan parti kerana tindakan sedemikian boleh menjejaskan reputasi PKR serta menimbulkan kekeliruan dalam kalangan ahli.

Sehubungan itu, Lembaga Disiplin memberi amaran, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana anggota yang didapati melanggar peraturan atau tatatertib parti.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *