Gempa bumi 7.1 skala Richter gegarkan Sulawesi Utara, tiada amaran tsunami

JAKARTA – Satu gempa bumi kuat berukuran 7.1 magnitud melanda Melonguane, ibu kota Kabupaten Kepulauan Talaud di Sulawesi Utara, malam ini, namun tiada amaran tsunami dikeluarkan dan setakat ini tiada laporan kerosakan.

Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia (BMKG), gempa itu berlaku pada jam 9.58 malam waktu tempatan pada kedalaman cetek 17 kilometer di laut, kira-kira 52 kilometer di tenggara Melonguane.

BMKG memaklumkan gegaran dirasai di kawasan berkenaan, namun tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Agensi itu turut menasihatkan penduduk supaya terus berwaspada terhadap kemungkinan berlakunya gempa susulan. – BERNAMA

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *