Nik Ezanee Dilantik Komander Kawalan Pintu Masuk Pelabuhan Klang

ALOR SETAR – Senior Asisten Komisioner (SAC) Datuk Nik Ezanee Mohd Faisal secara rasmi menyerahkan tugas sebagai Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Polis Kontinjen Kedah kepada SAC Amran Yaakob dalam satu majlis serah terima tugas yang berlangsung hari ini.

Majlis berkenaan disaksikan Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah di Dewan Tunku Ibrahim, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah.

Nik Ezanee yang berkhidmat selama 16 bulan di Kontinjen Kedah akan meneruskan perkhidmatan sebagai Komander Kawalan Pintu Masuk Pelabuhan Klang, Selangor di bawah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Malaysia.

Beliau juga akan menerima kenaikan pangkat secara memangku ke jawatan Deputi Komisioner Polis (DCP).

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Sementara itu, SAC Amran yang mengambil alih jawatan Ketua JPJKK Kontinjen Kedah sebelum ini berkhidmat sebagai Pengarah Bahagian Siasatan dan Pendakwaan AKPS Malaysia.

Majlis serah terima tugas tersebut turut dihadiri Timbalan Ketua Polis Kedah, Deputi Komisioner Polis Baderulhisham Baharudin, barisan Ketua Jabatan Kontinjen Kedah, Ketua-ketua Polis Daerah serta warga IPK Kedah.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *