Presiden Colombia sedia ‘angkat senjata’ berdepan ancaman Donald Trump

BOGOTA – Presiden Colombia, Gustavo Petro, menyatakan kesediaan untuk “angkat senjata” susulan ancaman daripada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, yang sebelum ini melancarkan serangan ketenteraan ke atas Venezuela dan menahan Presiden Nicolas Maduro.

Petro, bekas gerila yang pernah bersumpah tidak akan memegang senjata lagi, menulis di platform X: “Saya bersumpah tidak akan menyentuh senjata lagi… tetapi demi tanah air, saya akan ‘angkat senjata’ semula.”

Ketegangan memuncak selepas Trump memberi amaran keras kepada Petro agar “berjaga-jaga” dan menuduh pemimpin berhaluan kiri itu sebagai “sakit” serta terlibat dalam pengedaran dadah ke AS.

Tuduhan itu dibuat tanpa bukti, malah Washington mengenakan sekatan kewangan ke atas Petro dan keluarganya serta menyingkirkan Colombia daripada senarai sekutu perang dadah.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Petro sebelum ini lantang mengkritik operasi ketenteraan AS di Caribbean yang bermula dengan serangan ke atas bot penyeludup dadah, kemudian merampas kapal tangki minyak Venezuela, sebelum serbuan ke Caracas untuk menahan Maduro.

Dalam kenyataan panjang di X, Petro memberi amaran bahawa tindakan melulu boleh mencetuskan konflik besar: “Jika anda melepaskan bom tanpa risikan tepat, anda akan bunuh ramai kanak-kanak. Jika anda tahan Presiden yang dihormati rakyat, anda akan lepaskan ‘jaguar’ kebangkitan rakyat.”

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *