Lebih 100 jemaah solat jenazah ibu Dr. Zaliha di Putrajaya

PUTRAJAYA – Lebih 100 orang hadir solat jenazah Allahyarham Halimah Yaacob, ibu kepada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa, yang meninggal dunia pada malam sebelumnya.

Solat jenazah di Masjid Mahmoodiah, Presint 18, Putrajaya dipimpin anak Allahyarham, Dr. Mohd Shafie Mustafa, selepas urusan memandikan dan mengkafankan jenazah disempurnakan di masjid berkenaan.

Turut bersama menunaikan solat jenazah ialah Dr. Zaliha, bapanya Mustafa Mohd Salleh yang berusia 91 tahun, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) Dr. Khairul Nizam Othman, serta ahli keluarga terdekat.

Selepas itu, jenazah dibawa pulang ke Johor untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Ar-Raudha Saleng, Kulai, yang dijadualkan sekitar jam 8 pagi hari ini.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Allahyarham Halimah menghembuskan nafas terakhir pada usia 77 tahun di kediaman anaknya di Putrajaya akibat beberapa komplikasi kesihatan, termasuk penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *