Pergaduhan berdarah di Taman Sentosa: Lelaki tempatan maut disyaki akibat senjata tajam

KLANG – Satu pergaduhan yang berlaku lewat malam di Taman Sentosa, dekat sini, berakhir dengan tragedi apabila seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun disahkan meninggal dunia selepas mengalami kecederaan parah dipercayai akibat tetakan.

Insiden berkenaan dimaklumkan kepada polis jam 11.10 malam apabila Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan menerima laporan mengenai kejadian tersebut.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, hasil siasatan awal mendapati mangsa mengalami kecederaan serius, dipercayai berpunca daripada penggunaan senjata tajam ketika pergaduhan berlaku.

“Kes ini diklasifikasikan sebagai bunuh dan disiasat dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Setakat ini, motif kejadian belum dikenal pasti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, polis sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti individu terlibat serta punca sebenar kejadian.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau menyaksikan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah, Mohamed Syahrir Zabidi di talian 012-665 0895 atau menghubungi Bilik Gerakan IPD Klang Selatan di 03-3376 2222.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *