KOLUMNIS: Antara Realiti Pasaran Dan Cabaran Masa Depan Graduan

Oleh Muhammad Haikal Hamidi

KEBOLEHPASARAN graduan terus menjadi fokus penting dalam ekosistem pendidikan tinggi negara khususnya ketika universiti dan institusi pengajian tinggi tempatan meraikan minggu konvokesyen.

Tahun ini menyaksikan landskap pekerjaan yang semakin kompetitif, dipacu oleh automasi, kecerdasan buatan (AI) dan keperluan industri yang berubah pantas. Dalam konteks ini, graduan bukan sahaja perlu memiliki kelayakan akademik yang kukuh tetapi juga kebolehan adaptasi, kemahiran insaniah dan kecekapan digital yang tinggi.

Menurut laporan terkini oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), kadar kebolehpasaran graduan Malaysia mencatatkan lebih 85 peratus bagi kohort 2023 dengan jangkaan peningkatan sederhana bagi tahun ini.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Peningkatan ini dipengaruhi oleh pemulihan ekonomi pasca pandemik, pelaburan sektor teknologi serta pembukaan peluang pekerjaan baharu dalam bidang digital, kejuruteraan, kesihatan dan ekonomi hijau.

Walaupun angka tersebut kelihatan positif, realiti di lapangan menunjukkan wujudnya jurang di antara keperluan industri dengan kompetensi sebenar graduan.

Kemahiran Insaniah

Industri kini menuntut kecekapan yang jauh melangkaui kemampuan teknikal. Kebanyakan majikan di Malaysia pada masa ini menekankan kemahiran insaniah termasuk komunikasi, penyelesaian masalah, pemikiran kritis dan keupayaan bekerja dalam pasukan sebagai kriteria utama dalam pengambilan pekerja baharu.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Hal ini menandakan bahawa penguasaan akademik semata-mata tidak lagi memadai, sebaliknya graduan perlu tampil dengan nilai tambah yang dapat membezakan mereka dalam pasaran yang semakin sesak.

AI turut muncul sebagai faktor dominan yang mengubah struktur pekerjaan di Malaysia. Sektor-sektor seperti operasi, perakaunan asas, pemasaran digital dan rantaian bekalan semakin mengautomasi tugasan rutin, mengurangkan permintaan terhadap kerja berulang.

Sebaliknya, peluang baharu berkembang dalam bidang analitik data, keselamatan siber, pembangunan perisian, reka bentuk pengalaman pengguna dan pengurusan projek teknologi.

Kebolehpasaran Graduan

Graduan yang memiliki pensijilan tambahan, pengalaman projek, serta portfolio digital menunjukkan kadar lebih tinggi berbanding mereka yang bergantung kepada ijazah semata.

Universiti juga memainkan peranan penting dalam melahirkan graduan berkualiti. Pelaksanaan program berbentuk kolaborasi industri, pembelajaran berasaskan projek dan latihan industri jangka panjang telah terbukti meningkatkan kemungkinan penempatan kerja awal.

Data KPT menunjukkan bahawa graduan yang menjalani latihan industri sekurang-kurangnya enam bulan mempunyai kadar kebolehpasaran 20 peratus lebih tinggi berbanding mereka yang tidak mengalaminya.

Ini membuktikan bahawa pendedahan sebenar terhadap dunia pekerjaan membantu membina keyakinan, kemahiran komunikasi serta kefahaman profesional yang lebih matang.

Namun, tanggungjawab meningkatkan kebolehpasaran tidak boleh dipikul universiti semata-mata. Graduan sendiri perlu mengambil langkah proaktif dalam melengkapkan diri.

Penguasaan kemahiran digital asas seperti analisis data, penggunaan perisian produktiviti serta literasi AI kini menjadi mandatori.

Graduan juga digalakkan membina profil profesional di platform seperti LinkedIn, menyertai kursus pendek dalam talian, menghasilkan portfolio projek dan melibatkan diri dalam program sukarelawan atau kepimpinan pelajar.

Semua ini menonjolkan keaktifan dan keupayaan graduan untuk berkembang secara kendiri iaitu satu ciri yang amat dicari majikan.

Kesatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (KMUKM) melihat universiti ini terus cemerlang dengan mencatatkan pencapaian peningkatan yang memberangsangkan dalam agenda kebolehpasaran graduan UKM bagi tahun 2024.

Statistik menunjukkan peratus kebolehpasaran graduan UKM telah mencecah 95.5 peratus, peningkatan sebanyak 0.7 peratus berbanding 94.8 peratus pada tahun 2023.

Peningkatan ini membuktikan kualiti graduan UKM terus menepati keperluan semasa pasaran kerja malah ia mencerminkan mutu graduannya hasil dari pengajaran dan pembelajaran di kampus berkenaan.

Pelajar semakin sedar akan keperluan mempersiapkan diri lebih awal melalui penyertaan dalam organisasi, program berimpak dan forum industri. Pendedahan seperti ini bukan sahaja melatih kemahiran insaniah tetapi turut membina jaringan profesional yang sering kali membuka peluang kerjaya selepas graduasi.

Ekosistem Pendidikan

Malaysia perlu memastikan ekosistem pendidikan dan pekerjaan bergerak seiring. Kerjasama strategik antara universiti, kerajaan dan industri harus diperkukuh supaya proses pemadanan kerja menjadi lebih responsif dan berkesan.

Disamping itu, graduan sendiri perlu tampil sebagai modal insan yang bukan sahaja berilmu tetapi cekap, kreatif dan berkeupayaan menyesuaikan diri.

Kebolehpasaran graduan bukan lagi isu akademik semata-mata tetapi ia adalah indikator kekuatan negara dalam membangun generasi masa depan yang mampu memimpin perubahan.

Minggu konvokesyen bukan hanya meraikan kejayaan, tetapi turut mengingatkan kita bahawa perjalanan sebenar bermula selepas melangkah keluar dari dewan.

Justeru, dengan persediaan yang tepat, graduan 2025 bukan sahaja mampu bersaing bahkan mereka juga mampu memimpin.

Mohamad Haikal Hamidi ialah Presiden Kesatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Sesi 2025/2026.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *