Al-Fatihah… Bung Moktar meninggal dunia

KOTA KINABALU – Negara dikejutkan dengan berita pemergian Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, yang disahkan meninggal dunia awal pagi ini.

SabahNews melaporkan, perkara itu dimaklumkan anaknya, Naim Moktar menerusi hantaran di Facebook.

Dalam kenyataan ringkas itu, Naim memaklumkan ayahandanya, Moktar bin Radin, menghembuskan nafas terakhir pada 5 Disember 2026 kira-kira jam 1.46 pagi, bersamaan 14 Jamadilakhir 1447H.

Naim turut merayu orang ramai agar mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

“Innalillahi wainnailaihi rajiun. Salam takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa beliau dan menerima segala amal kebajikannya,” tulis beberapa pengguna media sosial susulan berita itu tular.

Maklumat lanjut mengenai lokasi pengebumian dijangka dimaklumkan keluarga dalam masa terdekat.

Beberapa jam sebelum itu, media melaporkan Bung dirawat di sebuah hospital swasta di sini, yang disahkan Naim.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut punca bapanya dimasukkan ke hospital.

Beliau memohon semua pihak mendoakan kesihatan Ahli Dewan Undangan Negeri Lamag itu.

Naim menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang melaksanakan solat hajat untuk bapanya.

“Selaku wakil keluarga, saya ingin menyampaikan setinggi-tinggi terima kasih kepada seluruh imam di Lamag yang berusaha mengadakan solat hajat serta memohon doa kepada Allah SWT demi kesihatan ayahanda saya.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *