MANCHESTER: Mason Mount mula menunjukkan tiada lagi ‘sumpahan’ untuk nombor tujuh di Manchester United selepas beberapa musim pemain sebelumnya gagal memenuhi reputasi jersi berkenaan.
Sejak Cristiano Ronaldo dijual ke Real Madrid pada tahun 2009, hanya seorang pemain sahaja yang benar-benar menghidupkan warisan nombor berkenaan – Ronaldo sendiri apabila dia kembali menyertai United buat kali kedua.
Percubaan pemain lain sebelum kepulangan Ronaldo seperti Michael Owen, Antonio Valencia, Angel di Maria, Memphis Depay, Alexis Sanchez dan Edinson Cavani gagal memenuhi jangkaan tinggi di Old Trafford.
Mount, yang dibeli pada tahun 2023, menghadapi musim awal yang sukar apabila terlepas 31 perlawanan terlepas pada musim pertamanya dan 30 pada musim kedua.
Namun, musim ini menunjukkan perubahan apabila dia hanya diketepikan satu perlawanan dan mula menunjukkan pengaruh besar ketika beraksi.
Pemain berusia 25 tahun itu mencipta impak segera dengan persembahan dominan menentang Fulham dan Burnley, menjadi wira serta pemain terbaik perlawanan menentang Sunderland, dan menghasilkan peluang di Anfield serta Tottenham sebelum menjaringkan gol kemenangan di Crystal Palace.
Pengendali United, Ruben Amorim, mengakui beliau “menyukai” Mount, dan kini semakin jelas buktinya.
Mount bermula dalam enam daripada 13 perlawanan Liga Perdana musim ini tetapi berjaya menghasilkan lapan hantaran penting yang membawa kepada percubaan gol, selain sumbangan tanpa bola yang bermakna.
Amorim mempercayai Mount sepenuhnya sehingga memilihnya untuk kesebelasan utama final Liga Europa, walaupun keputusan itu menyisihkan Alejandro Garnacho, permulaan kemerosotan karier pemain sayap muda itu di United.
Keputusan kontroversi berkenaan tidak menghalang Mount daripada mengekalkan keharmonian pasukan.
Di luar padang, Mount mula lebih terbuka, menghadiri sesi media dengan lebih kerap dan menunjukkan sikap positif kepada rakan sepasukan.
Sikapnya membantu menenangkan pemain muda seperti Patrick Dorgu dan Leny Yoro, menunjukkan kepimpinan yang semakin menonjol di dalam skuad.
United kini mempersiapkan diri menghadapi jadual padat, termasuk perlawanan menentang West Ham pada Khamis dan Wolves Isnin depan, yang akan menjadi ujian ketahanan Mount.
Jika Mount mengekalkan prestasi cemerlangnya, nombor tujuh di Old Trafford mungkin akhirnya menemui pengganti yang layak selepas lebih satu dekad. – AGENSI
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001