Hubungan seks terlarang punca utama jangkitan HIV di Melaka

MELAKA – Jangkitan HIV dalam kalangan pesakit AIDS di Melaka berpunca daripada hubungan seksual khususnya hubungan terlarang berbanding menerusi perkongsian jarum suntikan dalam kalangan penagih dadah.

Pengarah Kesihatan negeri Dr Ruzita Mustaffa berkata secara umum pesakit AIDS terlibat adalah golongan dewasa berusia 25 tahun hingga 60 tahun daripada pelbagai latar belakang jantina dan pekerjaan.

“Kebelakangan ini, trend jangkitan telah berubah disebabkan hubungan seksual sama ada hubungan sejenis iaitu gay atau lesbian atau hubungan berlainan jantina tetapi kami dapati yang banyak berlaku disebabkan hubungan seksual sejenis.

“Situasi ini amat membimbangkan walaupun trend berkenaan telah berubah antara 10 hingga 15 tahun lepas dan landskap perubahan punca jangkitan HIV di Melaka adalah sama dengan peringkat nasional,” katanya di sini semalam.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pengiktirafan Bersih dan Selamat (BeSS) yang disempurnakan Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Datuk Ngwe Hee Sem.

Dr Ruzita berkata kesedaran dalam kalangan rakyat di negeri itu terhadap jangkitan HIV dilihat semakin meningkat kerana terdapat peningkatan saringan dan ujian penyakit berkenaan dilakukan di fasiliti kesihatan yang disediakan.

Beliau berkata sambutan Hari Kesedaran HIV/AIDS Peringkat Negeri Melaka pada 11 Dis ini akan digunakan agensi itu sebagai medium untuk terus meningkatkan kesedaran dalam kalangan orang ramai terhadap penyakit berkenaan. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *