Restoran Dominan Jadi Tumpuan di Telok Panglima Garang, Tawar Menu Rare Pantai Timur

Oleh: Rokaid Chik

SHAH ALAM – Restoran Dominan di Batu 9, Telok Panglima Garang, Selangor yang menyajikan pelbagai menu popular menjadi port makanan yang diminati pelbagai lapisan masyarakat sekitarnya.

Selain nasi lemak Dominan, restoran ini juga turut menyediakan menu popular orang Pantai Timur seperti nasi berlauk, nasi kerabu tumis dengan pelbagai jenis lauk seperti ayam bakar, lemak bakar, ikan kukus goreng, solok lada, nasi dagang, nasi minyak kenduri dan nasi kukus ayam goreng berempah.

Selain itu, restoran ini juga turut menyediakan pelbagai jenis roti canai buatan anak tempatan.

Turut menyediakan pelbagai jenis menu tempahan untuk masyarakat sekitar dengan harga bermula serendah RM4.

Pengurus yang juga pemilik restoran ini, Nurin Nasyatun Aesya, 25, berkata, pihaknya menerima pelbagai tempahan lain mengikut cita rasa dan pilihan pelanggan.

“Kami mengalu alukan sebarang jenis tempahan untuk program infak ke masjid atau surau, anak yatim, pusat tahfiz berkonsepkan ‘perkongsian rezeki’.

“Pelanggan juga boleh memilih untuk sebarang program seperti jamuan di masjid, surau, majlis bertunang, perkahwinan, program hari keluarga dan sebagainya.

“Pasukan kami boleh menguruskan pelbagai jenis tempahan beserta perkhidmatan penghantaran,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, Restoran Dominan turut mengambil tempahan korporat daripada pelbagai syarikat.

“Kami ada pengalaman tempahan korporat dari pelbagai syarikat termasuk menyediakan tempahan daripada CEO PA Medical Sdn. Bhd. UniKlinik di beberapa tempat di Selangor,” katanya.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *