KUALA LUMPUR – Yes Group Management Bhd memulakan dagangan di Pasaran ACE Bursa Malaysia dengan harga pembukaan 18.5 sen sesaham, iaitu 0.5 sen atau 2.78 peratus lebih tinggi berbanding harga tawaran awam permulaan (IPO) sebanyak 18 sen.
Saham syarikat agensi pelancongan korporat itu bagaimanapun sempat susut kepada paras terendah 17.5 sen sebelum kembali meningkat kepada 18.5 sen pada 9.10 pagi dengan hampir 11 juta saham bertukar tangan.
Berdasarkan harga dagangan terakhir sebanyak 18.5 sen, Yes Group mencatatkan modal pasaran kira-kira RM98 juta.
Yes Group Management Berhad menyasarkan kutipan RM24.8 juta menerusi IPO tersebut.
Daripada jumlah itu, sebanyak RM16.5 juta akan disalurkan terus kepada syarikat bagi membiayai rancangan pengembangan perniagaan, manakala baki RM8.3 juta lagi bakal diterima pengasas merangkap Pengarah Urusannya, Angela Mak Shau Kwan.
Mak, 41, yang mengasaskan syarikat tersebut kurang dua dekad lalu akan menyaksikan pegangan sahamnya berkurangan daripada pemilikan ekuiti 100 peratus kepada hanya kira-kira 74 peratus selepas pelaksanaan IPO berkenaan.
Kumpulan itu bermula pada 2008 melalui penubuhan Yes Travel & Events Consultant Sdn. Bhd. sebelum berkembang daripada perancangan acara korporat kepada pelancongan insentif domestik pada 2010.
Beroperasi menggunakan jenama Yes Travel, kumpulan itu memberi tumpuan kepada pelanggan korporat daripada pelbagai industri menerusi perkhidmatan perjalanan insentif yang disesuaikan mengikut keperluan pelanggan serta perancangan acara.
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan
Malacca Securities Sdn. Bhd. bertindak sebagai penasihat utama, penaja, penaja jamin dan ejen penempatan bagi IPO tersebut.
Telegram: Nasional Daily
Facebook: Nasional Daily
TikTok: NasionalDaily
Whatsapp: NasionalDaily.com
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
