Anwar didesak dedah butiran perjanjian perdagangan Malaysia–AS bernilai RM1 trilion

PUTRAJAYA – Perdana Menteri dan menteri yang ada kaitan dengan Sidang Kemuncak Asean diminta mendedahkan secara terperinci butiran Perjanjian Perdagangan Malaysia-Amerika Syarikat yang dilaporkan bernilai kira-kira RM1 trilion.

Ketua Setiausaha Sekretariat Orang Melayu, Datuk Wira Marzuki Yahya menegaskan, beliau dan seluruh rakyat Malaysia menzahirkan kebimbangan serius dengan laporan mengenai kewujudan perjanjian perdagangan tersebut dan menuntut kerajaan menjamin ketelusan serta akauntabiliti dalam mengurus kepentingan ekonomi negara.

Katanya, perjanjian sebesar itu tidak seharusnya dimeterai secara tertutup atau tanpa pengetahuan rakyat dan Parlimen.

“Jumlah dagangan yang amat besar serta dakwaan bahawa perjanjian itu memberi kelebihan ketara kepada Amerika Syarikat menimbulkan tanda tanya besar mengenai manfaat sebenar kepada Malaysia.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Malah, sebarang bentuk kerjasama ekonomi strategik dengan Amerika Syarikat perlu diteliti dengan berhati-hati, memandangkan negara itu secara konsisten menyokong kekejaman rejim Zionis terhadap rakyat Palestin.

“Malaysia tidak boleh menjadi rakan bersubahat secara tidak langsung dengan penindasan terhadap umat Islam,” tegasnya.

Beliau turut menegaskan, sepanjang sejarah pentadbiran negara, daripada Perdana Menteri pertama hingga kesembilan, tidak pernah berlaku penggadaian ekonomi negara kepada kuasa asing.

Beliau bimbang pendekatan kerajaan hari ini berisiko mengulangi kesilapan itu sekiranya keputusan dibuat tanpa penelitian menyeluruh serta tanpa konsultasi awam yang telus.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Sehubungan itu, Marzuki menuntut kerajaan mendedahkan sepenuhnya kandungan dan terma perjanjian tersebut kepada umum; membentangkannya di Parlimen untuk penelitian lanjut; dan menubuhkan jawatankuasa siasatan bebas bagi menilai implikasi ekonomi, sosial dan geopolitik daripada perjanjian berkenaan.

Marzuki turut menjelaskan, sebarang rundingan perdagangan antarabangsa mesti berpaksikan kepentingan nasional, kedaulatan ekonomi dan kesejahteraan rakyat, bukannya tunduk kepada tekanan atau pengaruh kuasa asing.

“Rakyat Malaysia berhak tahu segala bentuk perjanjian yang melibatkan masa depan ekonomi negara.

“Keterbukaan, ketelusan dan kebertanggungjawaban bukan sekadar tuntutan politik, malah asas kepada sebuah pentadbiran yang benar-benar mendahulukan kepentingan rakyat,” katanya.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *