Rupiah Rendah Jadi Perbualan, Rakyat Hadapi Realiti

Oleh NurFarhana Zulkeply

JAKARTA – Perbincangan mengenai nilai rupiah kembali hangat di platform media sosial Threads selepas satu hantaran yang mendakwa mata wang Indonesia itu kini antara yang paling rendah nilainya di Asia Tenggara tular dan mendapat perhatian ramai pengguna.

Hantaran tersebut turut disertakan dengan tangkap layar kadar pertukaran mata wang yang menunjukkan satu rupiah bersamaan kira-kira 0.00022-ringgit Malaysia, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi daripada netizen.

Di ruangan komen, pengguna Threads berkongsi pelbagai pengalaman berkaitan penggunaan rupiah, termasuk kisah seorang pelancong asing yang memuat naik gambar memegang wang tunai berjumlah tiga juta rupiah yang dikeluarkan dari bank.

Walaupun jumlah itu kelihatan besar, nilainya hanya sekitar AS$165 mengikut kadar pertukaran semasa. Perkongsian berkenaan mengundang pelbagai komen lucu, termasuk perbandingan dengan wang permainan kerana nilai nominal yang tinggi pada setiap keping wang kertas.

Namun, di sebalik gurauan tersebut, ramai pengguna mengingatkan bahawa nilai nominal mata wang tidak semestinya mencerminkan kekuatan ekonomi sesebuah negara atau taraf hidup rakyatnya.

Bagi rakyat Indonesia, penggunaan wang kertas bernilai puluhan ribu dan ratusan ribu rupiah sudah menjadi sebahagian daripada urusan harian. Apa yang lebih penting ialah kuasa beli dan kemampuan pendapatan untuk menampung kos kehidupan semasa.

Pakar ekonomi sebelum ini menjelaskan kekuatan sesuatu mata wang dipengaruhi pelbagai faktor termasuk inflasi, dasar monetari, perdagangan antarabangsa dan sentimen pasaran global.

Justeru, perbandingan berdasarkan kadar pertukaran semata-mata tidak memberikan gambaran menyeluruh mengenai keadaan ekonomi sesebuah negara.

Walaupun isu nilai rupiah menjadi topik perbualan hangat di Threads, bagi kebanyakan rakyat Indonesia, realiti yang lebih dekat adalah usaha meneruskan kehidupan harian dalam suasana ekonomi yang sentiasa berubah.

NurFarhana Zulkeply adalah pelajar Sarjana Muda Komunikasi Dengan Kepujian dari USIM yang sedang menjalani Latihan Industri di NasionalDaily.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *