Solat Hajat Hadapi Peperiksaan SMU, SPM, STAM, STPM

Oleh: Abd. Ghaffar Daud

RANTAU PANJANG – Masjid Mukim Gual To’ Deh mengadakan solat hajat khas sempena menghadapi peperiksaan umum Sijil Menengah Ugama (SMU), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) yang bakal berlangsung tidak lama lagi, dekat sini, semalam.

Solat Hajat itu diimamkan Imam Tua Masjid Mukim Gual To’ Deh, Aiman Shaari dengan kehadiran ibu bapa serta pelajar yang bakal menduduki peperiksaan berkenaan.

Menurut beliau, majlis bermula selepas solat Isyak berjemaah dan diakhiri bacaan doa khas memohon agar semua calon diberikan ketenangan, kemudahan menjawab soalan serta kejayaan cemerlang dunia dan akhirat.

Katanya lagi, air solat hajat turut disediakan secara percuma kepada anak-anak yang terlibat sebagai tanda sokongan terhadap mereka.

“Air solat hajat pihak masjid sediakan untuk pelajar sebotol seorang.

“Semoga usaha dan doa menjadi kekuatan kepada anak-anak pelajar dalam menghadapi peperiksaan yang bakal tiba,” katanya ketika ditemui.

Sementara itu, seorang calon SPM dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gual Periok, Muhammad Zulhaqis Mazlan mengucapkan berbanyak terima kasih kepada imam atas usaha mengadakan solat hajat tersebut bersama penduduk kampung memohon agar Allah permudahkan urusan dan memperoleh kejayaan dengan cemerlang buat mereka nanti.

“Insya-Allah, saya akan menjawab soalan-soalan bertulis dengan baik yang bermula peperiksaan pada 25 November ini,” katanya.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *