Mayat pemandu Proton Saga terjunam di Sungai Panchor dijumpai

MUAR – Mayat seorang lelaki, pemandu Proton Saga yang terjunam ke Sungai Panchor, Pagoh, petang semalam, berjaya ditemukan dan dikeluarkan oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada 1.01 pagi tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pagoh, Pegawai Bomba Kanan I (PBK I) Nor Alfatah Omar berkata, mangsa Mud Husni Mahmud, 47, ditemukan dalam kereta berwarna hitam itu selepas kenderaan berjaya dinaikkan menggunakan kren.

Beliau berkata kereta dan mayat mangsa berjaya dikeluarkan selepas operasi SAR selama 11 jam, dengan kenderaan ditemukan pada kedalaman kira-kira 15 meter di dasar sungai.

“Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari BBP Muar dan BBP Skudai dikerahkan ke lokasi dan melakukan beberapa selaman khas. Pada 10.21 malam, pasukan PPDA mengesan kenderaan itu pada jarak kira-kira 50 meter dari tebing sebelum kerja menaikkan kereta dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut, dan operasi ditamatkan pada 1.38 pagi dengan melibatkan 20 anggota dari BBP Pagoh, BBP Muar dan BBP Skudai, dibantu dua bot fiber serta beberapa jentera sokongan. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *