KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menzahirkan rasa prihatin terhadap keadaan kesihatan Tengku Puteri Zainah yang kini sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Menerusi satu hantaran di Facebook, beliau turut menitipkan doa agar Allah SWT mengurniakan kekuatan dan ketabahan kepada Tengku Puteri Zainah serta seluruh ahli keluarga dalam menghadapi ujian berkenaan.
Beliau berharap segala kesakitan yang ditanggung Tengku Puteri Zainah diangkat, selain urusan rawatan dipermudahkan dan beliau diberikan kesembuhan yang terbaik.
Najib turut mengajak orang ramai bersama-sama mendoakan kesejahteraan, keselamatan dan perlindungan Allah SWT buat Tengku Puteri Zainah.
“Semoga segala urusan dipermudahkan. Amin Ya Rabbal Alamin,” menurut hantaran berkenaan.
Telegram: Nasional Daily
Facebook: Nasional Daily
TikTok: NasionalDaily
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan
Whatsapp: NasionalDaily.com
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
