Pelajar perempuan Tingkatan Empat maut ditikam pelajar lelaki

PETALING JAYA – Seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat di sebuah sekolah di Bandar Utama, di sini, maut selepas dipercayai ditikam seorang pelajar lelaki, pagi tadi.

Sumber berkata, kejadian dikatakan sekitar jam 9.30 pagi, di mana suspek, iaitu pelajar lelaki Tingkatan Dua dipercayai membawa senjata tajam, dipercayai pisau ke sekolah.

Berdasarkan maklumat awal, pelajar lelaki terbabit turut menikam pelajar lain dan pada masa ini pihak polis masih menjalankan siasatan di lokasi kejadian.

BH sedang berusaha menghubungi polis, namun difahamkan butiran penuh kejadian dijangka diperoleh pada sidang media di lokasi kejadian.

Setakat ini, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat dan pasukan pegawai penyiasat dilaporkan berada di lokasi.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, berkata kejadian tikaman membabitkan mangsa, pelajar Tingkatan Empat, dan suspek Tingkatan Dua di sebuah sekolah d Bandar Utama, Petaling Jaya disahkan berlaku di luar kelas dalam kawasan sekolah.

Setakat ini, motif kejadian masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Beliau turut menyifatkan kejadian itu sangat menyedihkan dan menuntut siasatan segera.

“Kejadian membabitkan pelajar berusia 16 tahun yang meninggal dunia, dan setakat ini kita tidak dapat memastikan motif sebenar kejadian ini.

“Tangkapan sudah dibuat dan insya-Allah Ketua Polis Selangor akan memberikan butiran lanjut mengenai perkara itu,” katanya pada sidang media selepas pelancaran Program Kempen Anti Buli di sini, hari ini.

Mohd Khalid turut mengesahkan suspek berusia 14 tahun tidak boleh didedahkan identitinya kerana masih di bawah umur.

BH sebelum ini melaporkan kejadian itu berlaku sekitar jam 9.30 pagi, apabila suspek, seorang pelajar lelaki Tingkatan Dua, dilaporkan membawa senjata tajam berupa pisau.

Berdasarkan maklumat awal, pelajar lelaki terbabit telah menikam pelajar lain. – Dipetik Berita Harian

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *