Dr. Mahathir terharu doa tidak putus-putus buat Dr. Siti Hasmah, ucap terima kasih kepada semua

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang membantu menyempurnakan urusan pengebumian isterinya Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali yang meninggal dunia pada 28 Sept lepas.

Beliau turut melahirkan rasa amat terharu kerana doa yang tidak putus-putus dipanjangkan kepada Allahyarham Dr Siti Hasmah sehingga sekarang, sama ada di pusara mahupun dari mana-mana sahaja.

“Ia mengingatkan saya, di dalam kesedihan yang begitu memedihkan supaya saya terus bersyukur kepada Allah SWT kerana telah meminjamkan Hasmah sebegitu lama sehingga ke usia saya yang cuma masih tersisa sedikit sebanyak ini.

“Bagi pihak kesemua ahli keluarga, saya nak ambil kesempatan untuk ucap berbanyak terima kasih kepada semua,” katanya dalam kenyataan yang dikongsikan di Facebook hari ini.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Dr Mahathir turut memaklumkan beliau cuba ke pejabat dalam sehari dua ini, namun keadaan kesihatannya masih belum begitu kuat.

“Saya juga ingin mengambil peluang ini untuk meminta maaf jika sepanjang tempoh ini ada salam yang tidak saya sambut, lambaian yang tidak saya balas serta ucapan takziah yang belum saya jawab,” katanya.

Dr Siti Hasmah meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada 9.20 pagi, 28 Sept lepas pada usia 100 tahun dan jenazah beliau disemadikan dengan Istiadat Pengebumian Negara di Pusara Negara, Presint 20, Putrajaya. – BERNAMA

Telegram: Nasional Daily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *