Perbicaraan Hilman Idham kes kegentaran awam bermula Mac 2026

KUALA LUMPUR – Mahkamah Majistret di sini pada Khamis menetapkan perbicaraan kes menimbulkan kegentaran awam membabitkan Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Muhammad Hilman Idham bermula 2 dan 3 Mac tahun depan.

Majistret, Nurul Izzah Hasan Basri memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Sabri Othman memberitahu, semua dokumen berkaitan kes telah diserahkan kepada pihak pembelaan yang mewakili Hilman, 36.

Semasa prosiding, Mohd Sabri berkata, dokumen berkaitan kes telah diserahkan kepada pembelaan.

“Susulan itu, kami mohon mahkamah menetapkan tarikh lain untuk perbicaraan,” katanya dipetik Sinar Harian yang kemudian disahkan oleh peguam, Muhammad Rafique Rashid Ali yang mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia berkenaan.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Pada 20 Ogos lalu, Hilman didakwa membuat kenyataan yang mungkin menimbulkan kegentaran di akaun TikTok atas nama alfah.channel.tv yang boleh mendorong mana-mana orang melakukan kesalahan terhadap ketenteraman awam pada jam 2.09 petang 30 Julai lalu.

Kenyataan itu telah dilihat dan didengar oleh anggota polis di Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Menara KPJ di sini.

Ahli politik itu didakwa mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara yang boleh sampai dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, ketika ditemui di luar mahkamah, Muhammad Rafique berkata, pembelaan bersedia untuk menghadapi perbicaraan kes yang dijadualkan berlangsung pada Ramadan depan.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

“Kita tidak berhasrat untuk memfailkan representasi kerana ia tidak akan memberi sebarang perubahan,” katanya.

Sementara itu, Hilman berkata, tidak pernah berasa gentar untuk menghadapi kes terbabit dan menegaskan akan terus melawan kerana yakin dirinya tidak bersalah.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *