Polis kesan remaja perempuan hilang di Ketereh

KOTA BHARU – Polis sedang mengesan seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang sejak semalam di kawasan Ketereh, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Mohd Rosdi Daud berkata laporan kehilangan itu melibatkan remaja bernama Mimi Nursyafiqah Mohd Shafirun Azam, 17 tahun 10 bulan, beralamat di Lot 572, Kampung Laka, Ketereh.

Beliau berkata remaja berkenaan mempunyai ketinggian kira-kira 160 sentimeter, berat 48 kilogram, berkulit putih dan berbadan kurus.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kehilangan Mimi Nursyafiqah diminta menghubungi Sarjan Nur Affira Idris di talian 017-3204261, Hotline Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu di 09-7752200, Hotline Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di 09-7455622, atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya dalam kenyataan hari ini. – BERNAMA

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *