MMRP Buktikan Ukhuwah Dalam Sambutan Maulidur Rasul

Oleh: Abd. Ghaffar Daud

RANTAU PANJANG – Maahad Muhammadi Rantau Panjang (MMRP) mengadakan sambutan Maulidur Rasul dengan penuh meriah dan penghayatan di pekarangan sekolah, semalam.

Program anjuran Unit Badan Dakwah MMRP itu bermula seawal 7.40 pagi dengan perhimpunan, bacaan Asmaul Husna dan al-Quran sebelum ucapan pembukaan oleh pihak penganjur.

Mudir MMRP, Shafei Abdullah berkata, acara kemuncak sambutan ialah perarakan Maulidur Rasul yang disertai guru, kakitangan dan pelajar, diketuai Penolong Kanan Pentadbiran, Ruhayu Abdul Wahab; Penolong Kanan Kokurikulum, Nur Misbah Abdullah; Penolong Kanan HEM, Ramli Abdul Latiff; Setiausaha Badan Dakwah, Aiman Shaari; dan Mohd Asri Yaacob.

“Perarakan ini berlangsung dalam suasana penuh semangat kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW,” katanya.

Program diteruskan dengan Forum Perdana bertajuk “Cintai Rasulullah” dengan guru Amri Mohd Nasir dan Anis Nazira sebagai panel serta dikendalikan moderator Muhammad Nasri Mat Idris, yang membincangkan akhlak Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian.

Selain itu, pelajar turut menyertai Kuiz Maulidur Rasul, persembahan qasidah, berzanji dan selawat.

Bekas pelajar, kini penuntut Universiti Al-Azhar, Mesir, Muhamad Muslim Abd. Ghaffar turut diundang mengetuai qasidah.

“Muslim sebelum ini pernah mewakili sekolah hingga ke peringkat negeri dalam pertandingan nasyid solo dan hafazan al-Quran peringkat kebangsaan,” katanya.

Sebagai penutup, ceramah kesedaran gejala sosial disampaikan Dr. Muhammad Za’im Mohd Samsuri dari Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM), membincangkan cabaran sosial remaja dan langkah pencegahan.

“Alhamdulillah, program ini mencapai objektif menyemarakkan cinta kepada Rasulullah SAW serta membentuk jati diri pelajar berteraskan nilai Islam dan ukhuwah.

“Sambutan hangat warga sekolah membuktikan keberkesanan penganjuran ini yang wajar diteruskan pada masa depan,” ujar Shafei. – ND

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *