Selamat Maulidur Rasul 1447H dari Nasional Daily

SHAH ALAM – Sempena sambutan Maulidur Rasul 1447 Hijrah, Nasional Daily merakamkan ucapan selamat menyambut hari penuh keberkatan ini kepada seluruh umat Islam di Malaysia.

Hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW bukan sekadar peringatan sejarah, tetapi juga satu kesempatan untuk kita menghayati ajaran Baginda yang menekankan kasih sayang, perpaduan, keadilan serta akhlak mulia dalam kehidupan seharian.

Baginda diutus sebagai rahmat kepada sekalian alam, menjadi contoh teladan terbaik yang wajib dijadikan panduan umat hingga akhir zaman.

Dalam suasana dunia yang penuh cabaran, umat Islam wajar mencontohi sifat sabar, amanah, jujur dan berani yang ditunjukkan Rasulullah SAW dalam menyampaikan risalah Islam.

Baginda berjaya membina masyarakat yang bersatu padu dan berakhlak tinggi, berpaksikan prinsip kasih sayang serta hormat-menghormati.

Nasional Daily menyeru seluruh umat Islam di negara ini agar menjadikan sambutan Maulidur Rasul sebagai titik permulaan untuk memperkukuh ukhuwah, menolak perpecahan, dan memperteguh tekad dalam menentang segala bentuk kemungkaran.

Kesatuan hati dan jiwa umat adalah kunci kepada kemajuan ummah dan kestabilan negara.

Semoga dengan memperingati Maulidur Rasul, kita bukan sekadar meraikan sejarah tetapi benar-benar menghidupkan sunnah Baginda dalam kehidupan.

Dengan itu, kita akan terus menjadi umat yang dihormati, disegani, dan membawa rahmat kepada seluruh manusia.

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1447H. – ND

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *