Apa erti merdeka jika rakyat ditindas

SHAH ALAM – Tanggal kemerdekaan seharusnya menjadi saat rakyat meraikan kebebasan daripada belenggu penjajahan.

Namun, persoalan besar yang timbul hari ini ialah apa makna merdeka jika rakyat terus ditindas oleh sebuah penguasa yang zalim, menekan suara rakyat, dan menafikan hak asasi mereka?

Merdeka bukan sekadar mengibarkan Jalur Gemilang atau melaungkan slogan, sebaliknya bermakna rakyat bebas bersuara, bebas mencari rezeki tanpa beban cukai yang menjerut, bebas daripada penindasan politik dan bebas hidup dengan maruah serta keadilan.

Ketua Penerangan Perkasa, Irwan Fahmi Ideris berkata, kerajaan yang zalim tidak berhak mendabik dada atas nama kemerdekaan jika dalam masa yang sama mereka membisukan suara rakyat dengan undang-undang yang menindas.

Mengkayakan kelompok tertentu sementara rakyat kebanyakan terus menderita dan menggadaikan kedaulatan negara atas nama kepentingan politik sempit.

“Lihat sahaja kes Allahyarham Zara Qairina Mahathir yang menjadi bukti nyata bagaimana kezaliman boleh berlaku di depan mata rakyat.

“Kes ini bukan sahaja mencetuskan rasa marah dan sedih, tetapi juga menelanjangkan kelemahan sistem keadilan negara dalam melindungi yang lemah serta menuntut kebertanggungjawaban pihak berkuasa.

“Apakah maknanya merdeka jika anak kecil pun gagal dilindungi, sedangkan penguasa terus berdiam diri,” tegas beliau.

Beliau menegaskan, kemerdekaan sejati tidak akan wujud tanpa keadilan, tanpa kebebasan dan tanpa keberanian untuk menolak penindasan.

Oleh itu, Perkasa menyeru seluruh rakyat untuk bangkit mempertahankan hak dan maruah mereka.

“Jangan biarkan erti merdeka dicemari oleh penguasa yang zalim. Merdeka adalah milik rakyat, bukan milik pemerintah,” katanya.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *