12 anggota polis maut helikopter ditembak ketika musnahkan ladang kokain

VALLEDUPAR – Sekurang-kurangnya 12 anggota Polis Colombia terbunuh selepas sebuah helikopter yang digunakan dalam operasi memusnahkan ladang daun kokain ditembak jatuh di wilayah Antioquia pada Khamis.

Menurut pihak berkuasa tempatan, helikopter berkenaan sedang menjalankan operasi pemusnahan tanaman haram di kawasan perbandaran Amalfi.

Dalam kejadian itu, dua lagi anggota cedera.

Presiden Colombia, Gustavo Petro, pada awalnya melaporkan lapan kematian, namun angka korban meningkat kepada 12 selepas pengesahan lanjut oleh pihak berkuasa tempatan.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Dalam insiden berasingan pada hari yang sama, satu letupan bom kereta berhampiran pangkalan udara tentera di bandar Cali mengorbankan sekurang-kurangnya enam orang dan mencederakan 71 yang lain.

Kedua-dua serangan yang mengorbankan keseluruhan 18 nyawa dan mencederakan lebih 70 orang itu dipercayai dilakukan oleh kumpulan penentang perjanjian damai 2016 yang merupakan bekas anggota kumpulan pemberontak Angkatan Bersenjata Revolusi Colombia (FARC)

Susulan keganasan tersebut, Petro menggesa agar kumpulan bersenjata termasuk kartel dadah dan puak penentang perjanjian damai diisytiharkan sebagai organisasi pengganas yang boleh didakwa di mana-mana sahaja di seluruh dunia.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *