Chiesa, Salah wira Liverpool atasi Bournemouth

LIVERPOOL – Mohamed Salah dan Federico Chiesa muncul wira Liverpool dalam misi mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris dengan menewaskan Bournemouth 4-2 pada aksi pembukaan penuh dramatik di Anfield sebentar tadi.

Pada malam penuh emosi susulan kematian penyerang Diogo Jota pada Julai lalu, pendatang baharu Hugo Ekitike membuka jaringan buat tuan rumah pada minit ke-37 sebelum Cody Gakpo menggandakan kedudukan pada minit ke-49.

Bournemouth bangkit menerusi Antoine Semenyo, yang menjadi mangsa penghinaan berbaur perkauman pada separuh masa pertama sehingga perlawanan terhenti seketika, apabila menjaringkan gol pada minit ke-64 dan menyempurnakan gol keduanya 12 minit kemudian untuk mengejutkan penyokong tuan rumah.

Namun, Chiesa kembali menghidupkan sorakan di Anfield apabila menjaringkan gol ketiga pada minit ke-88, sebelum Salah memastikan kemenangan dengan gol keempat pada masa kecederaan untuk mengutip tiga mata berharga. – REUTERS

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *