KUALA LUMPUR – Parti Pejuang Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi di sini, bagi menuntut keadilan ke atas kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir.
Sumber memberitahu, laporan itu akan dibuat kira-kira jam 9 malam ini, agar pihak berkuasa menjalankan siasatan ke atas empat pihak yang dikaitkan secara langsung dengan tragedi itu.
Katanya, empat pihak itu melibatkan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, warden asrama, pegawai polis yang menerima laporan awal dari waris si mati dan Hospital Queen Elizabeth 1, Kota Kinabalu.
“Malam ini kita diuji adakah kita berani berdiri bersama yang dizalimi atau kita hanya jadi penonton bisu?
“Pejuang WP akan membuat laporan polis bagi menuntut keadilan untuk adik Zara Qiarina terhadap pihak-pihak berkenaan.
“Zara sudah tiada untuk bersuara dan warisnya berjuang dalam air mata. Jika kita diam, kita bersubahat dengan kezaliman umpama syaitan bisu,” katanya.
Menurut sumber itu lagi, Kuala Lumpur akan menjadi saksi bahawa rakyat tidak akan tunduk kepada ketidakadilan.
“Turunlah, bawa hati yang ikhlas dan suara yang lantang. Jangan tunggu orang lain turun, keadilan hanya akan hidup bila kita yang hidup ini mempertahankannya.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001