UMNO Kelantan perlu buang pemikiran kalah walaupun lama jadi pembangkang – Zambry

KOTA BHARU – Ahli UMNO di Kelantan perlu membuang pemikiran kalah dan kekal setia kepada perjuangan parti meskipun sudah lama berada di kerusi pembangkang, kata Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata, tindakan sesetengah pihak yang mudah berputus asa dan melompat parti selepas kekalahan adalah satu kesilapan besar yang menjejaskan kekuatan parti.

“Ada yang selepas kalah terus mengaku kalah dan melompat ke pihak lain dengan harapan diterima. Itu satu kesilapan dan (jika) mereka boleh berbuat begitu kepada parti mereka sendiri, apa jaminan mereka tidak akan melakukan perkara yang sama lagi?,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pengkalan Chepa, di sini, pada Sabtu.

Zambry yang juga Menteri Pendidikan Tinggi turut memuji kejayaan 102 cawangan UMNO Pengkalan Chepa yang berjaya mengadakan mesyuarat walaupun UMNO di negeri itu telah menjadi pembangkang lebih lima dekad, sekali gus mencerminkan kekuatan akar umbi parti.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Pada masa sama, beliau mengingatkan ahli parti agar terus bekerjasama di semua peringkat termasuk sayap Wanita, Pemuda dan Puteri bagi memperkukuh gerak kerja parti. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *