ALOR SETAR – Tiga lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Kedah susulan peningkatan jumlah mangsa banjir setakat jam 8 pagi ini.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan, sebanyak 224 mangsa daripada 74 keluarga melibatkan daerah Yan, Kuala Muda dan Pendang ditempatkan di lima PPS.
Di Yan, tiga PPS dibuka iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Teroi menempatkan 101 mangsa daripada 29 keluarga, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pei Eng (41 mangsa daripada 21 keluarga) dan Dewan Lestari Guar Chempedak (26 mangsa daripada sembilan keluarga).
Sementara itu, di Kuala Muda sebanyak 40 mangsa daripada sembilan keluarga ditempatkan di Surau As Saadiah, manakala di Pendang sebanyak 16 mangsa daripada enam keluarga ditempatkan di Dewan KEDA Tanjung Setol.
Laman sesawang rasmi Public Banjir pula memaklumkan tiga stesen di Kedah melepasi tahap bahaya iaitu Sungai Durian Burung di Durian Burung, Sungai Melaka di Padang Matsirat dan Kampung Padang Pasir.
Sungai Anak Bukit di Taman Aman dan Sungai Titi Kerbau di Kubur Panjang melepasi tahap waspada, manakala Sungai Pendang di Pendang melepasi tahap amaran.
Hujan berterusan sejak Sabtu lalu menyebabkan beberapa kawasan di Kedah dilanda banjir dan hujan dijangka berterusan hari ini. – BERNAMA
Telegram: Nasional Daily
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan
Facebook: Nasional Daily
TikTok: NasionalDaily
Whatsapp: NasionalDaily.com
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
