KUALA LUMPUR – Orang ramai, khususnya penduduk sekitar Ipoh, Sungai Siput, Kuala Kangsar dan Lenggong, Perak, diminta tidak panik sekiranya melihat kehadiran anggota tentera asing dan konvoi aset tentera sepanjang Eksesais Keris Strike 2025.
Sel Perhubungan Raya Markas Tentera Darat Malaysia berkata, eksesais itu akan dilaksanakan Tentera Darat Malaysia (TDM) bersama Tentera Darat Amerika Syarikat (US Army) dan Tentera Darat Australia (Australian Army).
Katanya, eksesais berkenaan dijadual berlangsung bermula 17 hingga 30 Julai ini di kawasan sekitar Ipoh, Sungai Siput, Kuala Kangsar hingga Lenggong, Perak.
“Eksesais yang diadakan setiap tahun ini bertujuan meningkatkan keupayaan operasi bersama, memperkukuh hubungan ketenteraan dengan negara sahabat.
“Ia juga bagi meningkatkan tahap kesiagaan TDM dalam menghadapi sebarang ancaman keselamatan serantau,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Sehubungan itu, penduduk di minta berhati-hati dan tidak panik atau cemas sekiranya melihat kehadiran anggota tentera asing, pergerakan kenderaan dan konvoi aset tentera serta sebarang aktiviti ketenteraan dalam tempoh eksesais berlangsung.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001