Representasi Akmal gugur pertuduhan ditolak, sedia beri laluan jika bebankan BN

BUKIT MERTAJAM – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Akmal Saleh berdepan perkembangan baharu dalam kes mahkamah yang dihadapinya apabila pihak pendakwaan menolak representasi beliau untuk menggugurkan pertuduhan jenayah berkaitan dakwaan menyebabkan ketakutan awam.

Bagaimanapun, perkembangan itu tidak menghalang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau berkenaan daripada mempertimbangkan penyertaan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 14 November ini, meskipun beliau secara terbuka menyatakan kesediaan menarik diri jika kehadirannya sebagai calon menjejaskan peluang Barisan Nasional (BN) dan UMNO.

Keputusan berhubung representasi itu dimaklumkan Pengarah Pendakwaan Pulau Pinang, Muna Mohamed Jaafar ketika prosiding berlangsung di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, pagi ini.

Muna memaklumkan kepada Majistret Roshayati Radellah, pihak pendakwaan sudah berbincang dengan pasukan peguam Dr. Akmal berhubung perkara berkenaan dan kedua-dua pihak akan memaklumkan perkembangan selanjutnya kepada mahkamah.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Peguam utama Dr. Akmal, Aizat Azam berkata, pihaknya menerima arahan daripada anak guam untuk mengemukakan representasi kedua secara terus kepada Peguam Negara susulan penolakan permohonan terdahulu.

Menurutnya, representasi pertama sudah dikemukakan kira-kira 10 bulan lalu bagi memohon pertuduhan terhadap Dr. Akmal digugurkan.

Pihak pendakwaan pula tidak membantah hasrat pasukan pembelaan untuk mengemukakan representasi baharu apabila Muna turut menyatakan kesediaannya mengemukakan representasi berkenaan kepada Peguam Negara.

Mahkamah menetapkan 4 Januari depan bagi keputusan berkaitan representasi tersebut.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Dr. Akmal, 38, sebelum ini mengaku tidak bersalah pada 22 Ogos tahun lalu terhadap pertuduhan membuat kenyataan di Facebook yang didakwa menyebabkan ketakutan awam.

Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Menurut Aizat, kes berkenaan sudah berlarutan lebih setahun, namun tarikh perbicaraan belum ditetapkan dan setakat ini, prosiding masih berada pada peringkat pengurusan kes.

Pasukan pembelaan turut memfailkan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Peguam Negara untuk mendakwa Dr. Akmal. Antara isu dibangkitkan ialah dakwaan pendakwaan terpilih, layanan berbeza terhadap individu dalam keadaan serupa serta persoalan mengenai kesamarataan di sisi undang-undang seperti yang dijamin Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.

Dalam perkembangan berkaitan PRN Melaka, Dr. Akmal menyatakan kesediaan untuk tidak mempertahankan kerusi DUN Merlimau sekiranya kes mahkamah yang dihadapinya menjadi beban kepada UMNO dan BN.

Beliau berkata, pendirian itu sudah disampaikan secara terbuka kepada Presiden UMNO merangkap Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menurutnya, kepentingan parti untuk memenangi pilihan raya dan meneruskan khidmat kepada rakyat perlu didahulukan berbanding cita-cita politik peribadi.

Beliau menegaskan, sekiranya kes berkenaan berpotensi menjejaskan imej parti atau mengurangkan peluang kemenangan BN, beliau bersedia memberi laluan kepada calon lain.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *