GEORGE TOWN – Seorang warga emas yang maut dalam kejadian tanah runtuh di Taman Seri Rambai, Paya Terubong di sini, semalam disahkan meninggal dunia akibat kecederaan dihempap objek tumpul dan sesak nafas selepas tertimbus tanah.
Ketua Polis Timur Laut, Abdul Rozak Muhammad berkata, bedah siasat terhadap mangsa, Dr. Wong Kar Lin, 73, dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang malam tadi dan selesai pada jam 3 pagi sebelum mayat dituntut ahli keluarganya.
Beliau berkata, laporan bedah siasat mengesahkan kedua-dua faktor itu menjadi punca kematian mangsa.
“Polis kini memperketat kawalan keselamatan di kawasan kejadian, khususnya di sekitar enam rumah yang dikosongkan bagi mengelakkan pencerobohan sepanjang tempoh penduduk diarahkan berpindah,” katanya kepada pemberita selepas meninjau kawasan tanah runtuh itu di sini, hari ini.
Abdul Rozak berkata, tempoh penugasan anggota polis di kawasan berkenaan, termasuk penempatan sebuah balai polis bergerak, belum ditetapkan dan bergantung pada keputusan mesyuarat teknikal serta penilaian pasukan siasatan pihak berkuasa tempatan dan agensi berkaitan.
Beliau berkata, kawasan kejadian masih ditutup atas faktor keselamatan berikutan risiko tanah runtuh berulang, terutama ramalan berlaku hujan dalam tempoh beberapa hari ini.
Sehubungan itu, beliau menasihati penduduk setempat dan orang ramai mematuhi arahan pihak berkuasa serta tidak menghampiri atau memasuki kawasan larangan bagi mengelakkan risiko keselamatan.
Katanya, siasatan kejadian itu masih diteruskan dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan
Semalam, media melaporkan Wong terkorban selepas tertimbus tanah runtuh yang menjejaskan rumahnya, manakala isterinya Chang Mei Nuo, 68, dan ibu mentuanya Wong Poh Lim, 80-an berjaya menyelamatkan diri.
Telegram: Nasional Daily
Facebook: Nasional Daily
TikTok: NasionalDaily
Whatsapp: NasionalDaily.com
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
