PARIS – Kelab Arab Saudi, Al-Hilal mengikat pemain pertahanan kiri AC Milan dan Perancis, Theo Hernandez dengan kontrak selama tiga tahun semalam.
Pemain berusia 27 tahun itu meninggalkan kelab Serie A dalam satu perpindahan yang dianggarkan bernilai 25 juta euro (RM124 juta), menurut laporan media Itali.
Hernandez membuat 38 penampilan bersama skuad kebangsaan Perancis dengan menjaringkan dua gol, beraksi pada Piala Dunia 2022 di Qatar – termasuk perlawanan akhir yang menyaksikan Perancis tewas kepada Argentina menerusi penentuan penalti.
Berpindah ke Liga Pro Saudi setahun sebelum pusingan akhir Piala Dunia mungkin dianggap sebagai satu risiko terhadap peluangnya untuk dipanggil semula oleh ketua jurulatih Didier Deschamps.
Namun begitu, dia boleh mengambil semangat daripada keputusan Deschamps yang tetap memanggil N’Golo Kante bagi Euro 2024 walaupun pemain itu beraksi bersama kelab Arab Saudi, Al-Ittihad.
Theo adalah adik kepada pemain pertahanan Paris Saint-Germain dan Perancis, Lucas Hernandez. – AFP
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001