Dakwaan MCA dapat tekanan keluar BN dicipta kalangan tertentu - Zambry

Zambry ingatkan siswa berwaspada, usaha terjebak skim ‘Beli Dahulu, Bayar Kemudian’

KUALA LUMPUR – Mahasiswa diingatkan agar lebih berwaspada dan tidak terjebak dalam skim pinjaman atau pembelian melalui kaedah ‘Beli Dahulu, Bayar Kemudian’ (BNPL) yang boleh membebankan mereka dengan hutang yang tinggi.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, pihaknya menerima maklumat awal mengenai wujudnya skim pembelian yang kemudian ditukar kepada pinjaman dengan kadar faedah tinggi, sekali gus menjerat mahasiswa dengan beban hutang yang mereka sendiri tidak menyedarinya.

“Banyak pihak hubungi saya dan memaklumkan isu ini yang semakin membimbangkan. Saya tidak mahu menamakan mana-mana pihak, tetapi laporan yang diterima menunjukkan ramai pelajar berisiko terperangkap dengan jumlah hutang yang besar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis perasmian Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) ke-58 dan mesyuarat berkaitan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini hari ini.

Zambry berkata, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengambil langkah segera dengan memaklumkan kepada semua universiti supaya mendapatkan maklumat terperinci sama ada pelajar terperangkap dalam skim sedemikian.

KPT juga, katanya, sedang mendapatkan maklumat terperinci sama ada terdapat mahasiswa yang terkesan akibat pinjaman itu.

“Buat masa ini, siasatan terperinci sedang dijalankan. Yang paling penting, saya ingin nasihatkan mahasiswa supaya tidak terperangkap dalam skim sebegini kerana akan menyusahkan mereka, sekali gus membebankan hidup dan tidak dapat menumpukan perhatian dalam pengajian,” katanya.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *